Monday 14 July 2014

assignment ict...huuuuu

dapat assignment ict mggu lepas..
jadi assignment tu dalam proggress sekarang
kitorang pilih bahulu sebagai main title...
hehehe

terliur tak..dah la bulan puasa..buat tajuk pasal makanan..pasrah je la...
ok la tu je..

Bahan-bahan (Dalam 150 biji) :

14 biji telur gred A
500gm gula pasir
1 tsp esen ros
450gm tepung gandum
1 tsp baking powder

Cara-cara:

1. Pukul telur dan gula sehingga kembang dan pekat.
2. Ayak tepung dan baking powder kedalam adunan batter yang telah betul-betul kembang dan pekat. Kacau adunan dengan spatula.
3. Tips 1. Sebelum bakar bahulu, isikan acuan dengan minyak dan bakar dalam oven selama 10 minit untuk memanaskan acuan dan supaya adunan tidak melekat. Keluarkan acuan yang yang telah panas dari oven dan buangkan minyak. Acuan sedia untuk digunakan.
4. Tips 2. Sediakan kain yang dibalut pada kayu untuk sapukan minyak ke acuan setiap kali sebelum masukkan adunan ke acuan.
5. Tips 3. Bakar gula dalam oven sebentar sebelum guna sehingga agak-agak hangat dan terus tuang kedalam telur. Tips ini untuk ketahanan kuih bahulu. Tahan sehingga sebulan tanpa pengawet. Kalau tidak mahu buat cara ini, kuih bahulu boleh tahan selama 2 minggu. In sha Allah.
6. Tips 4. Untuk meringankan kuih bahulu, bakar tepung dalam oven. Tapi jangan terlalu lama. Cuma sebentar sahaja dan tepung agak-agak hangat. Ini sama juga seperti kaedah orang diulu-dulu menjemur tepung.

7. Peringatan! Suhu bakar 220C sehingga bahulu kekuningan. Bahulu naik lebih cantik jika anda 'off' kan fat oven kerana kalau anda guna fan tersebut, bahulu akan mengecut sedikit nanti dan kelihatan tidak cantik.

rujukan : http://bahulumaklang.blogspot.com/2013/06/kuih-bahulu-tradisi-resepi-mak-lang.html

pray for my success

Friday 29 November 2013

center for foundation studies international islamic university malaysia

asalamulaikum..
selepas beberapa lame ..setelah beberapa bulan lamanya..jika blog ni adalah makanan mungkin saja ia nya telah membasi dan membusuk..

center for foundation studies international islamic university malaysia ~~
di sinilah tempat kau menuntut ilmu sekarang selepas tamat sekolah menengah..pada entri yg lepas(kira2 6 bulan lepas..hehe) saya letak gambar asasi uitm dgn harapan dapat situ tapi rezeki saya di sini..asasi uiam atau nama glamor nya cfs iium.

alhamdulilah saya dah masuk sem yang ke dua..sem yang ni adalah short sem..jadi saya ada mase untk tulis blog ni berbanding sem lepas..dulu semua nya kelam kabut sebab masih menyesuaikan diri sebagai pelajar asasi dan alhamdulilah jugak keputusan cgpa pun baik walaupun bukan lah terlalu cemerlang seperti sahabat lain.. 3.545 semoga dapat dikekalkan dan insya Allah dapat ditngkatkan pada masa akan datang :)


                              saya pelajar asasi dua tahun sains kesihatan bersekutu (allied health science).


= ini gambar kenangan bersama rakan se`section`..hehe maksudnya sekelas
sungguh aku bahagia di sini menikmati nikmat tarbiah.syukran.bit taufiq wan najah fil imtihan.=

Tuesday 7 May 2013

DiLEmA : aKu aKAn PeRgI

asalamualaikummmmm............ade org tak?
hmmm...ni bkn dilema percintaan yer..jauh same sekali . tiada kne mengena sama sekali..cume dilema utk pilih nak sambung study kt mane.. matrik dah dapat ..lepas tu dapat ipg la pulok ..semak kepala ..aku harap kan asasi tp belum kunjung tibe...
ish kne solat ishtiharah ni..
bingung nak pilih mane..

Tata Cara Solat Istikharah
Tata cara solat istikharah lebih kurang sama dengan solat subuh, Hanya niatnya saja yang berlainan, iaitu berniat solat istikharah. dilaksanakan sebelum tidur ataupun setelah bangun tidur. Sangat baik dilakukan sesudah lewat tengah malam disaat sunyi, supaya hati lebih khusyuk dalam mengemukakan permohonan kepada Allah. Solat ini sangat peribadi sifatnya. Sebab itu harus dikerjakan sendirian. Solat ini tidak memakai azan atau iqamah.
Lafaz niat:-
Ushalli Sunnatal Istikharaati Rak’ataini Lillahi Ta’aala
Sahaja Aku sembahyang sunnat istikharah 2 rakat tunai kerana Allah Ta’ala

Rakaat pertama-
Baca surah Al-fatihah dan surah Al-kafirun

Rakaat kedua-
Baca surah Al-fatihah dan surah Al-ikhlas

Selepas salam, bacalah doa yang disarankan dalam istikharah.
Dalam berdoa sebaiknya menyebutkan permintaan yang ingin diberikan petunjuk oleh Allah s.w.t. misalnya: “Ya Allah, jika hal ini…
Doa istikharah
Setelah selesai solat, berdoa seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW:
.
doa solat istikharah
.

Ertinya:-
“Ya Allah, aku memohon petunjuk memilih yang baik dalam pengetahuanMu, aku mohon ditakdirkan yang baik dengan kudratMu, aku mengharapkan kurniaMu yang besar. Engkau Maha Kuasa dan aku adalah hambaMu yang dhaif. Engkau Maha Tahu dan aku adalah hambaMu yang jahil. Engkau Maha Mengetahui semua yang ghaib dan yang tersembunyi.
Ya Allah, jika hal ini dalam pengetahuanMu adalah baik bagiku, baik pada agamaku, baik pada kehidupanku sekarang dan masa datang, takdirkanlah dan mudahkanlah bagiku kemudian berilah aku berkah daripadanya.
Tetapi jika dalam ilmuMu hal ini akan membawa bencana bagiku dan bagi agamaku, membawa akibat dalam kehidupanku baik yang sekarang ataupun pada masa akan datang, jauhkanlah ia daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya. Semoga Engkau takdirkan aku pada yang baik, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas setiap sesuatu.”



dear my freind sya'adah, fahimah, wani, sahilla, sima(kwn2 sekolah) dan mai , aiman ,eddry ,rasyid ,sue, fatin (kawan2 giat) sila buat yg terbaik utk diri anda semua yer..saye doakan yg terbaik juga..hehehehe





           to my dearest mohamad zulhasif ( bff yer..jgn salah       anggap) i'm supporting u!!

                                                  ASASI UITM PLEASE COME TO ME!

Thursday 2 May 2013