Monday 14 July 2014

assignment ict...huuuuu

dapat assignment ict mggu lepas..
jadi assignment tu dalam proggress sekarang
kitorang pilih bahulu sebagai main title...
hehehe

terliur tak..dah la bulan puasa..buat tajuk pasal makanan..pasrah je la...
ok la tu je..

Bahan-bahan (Dalam 150 biji) :

14 biji telur gred A
500gm gula pasir
1 tsp esen ros
450gm tepung gandum
1 tsp baking powder

Cara-cara:

1. Pukul telur dan gula sehingga kembang dan pekat.
2. Ayak tepung dan baking powder kedalam adunan batter yang telah betul-betul kembang dan pekat. Kacau adunan dengan spatula.
3. Tips 1. Sebelum bakar bahulu, isikan acuan dengan minyak dan bakar dalam oven selama 10 minit untuk memanaskan acuan dan supaya adunan tidak melekat. Keluarkan acuan yang yang telah panas dari oven dan buangkan minyak. Acuan sedia untuk digunakan.
4. Tips 2. Sediakan kain yang dibalut pada kayu untuk sapukan minyak ke acuan setiap kali sebelum masukkan adunan ke acuan.
5. Tips 3. Bakar gula dalam oven sebentar sebelum guna sehingga agak-agak hangat dan terus tuang kedalam telur. Tips ini untuk ketahanan kuih bahulu. Tahan sehingga sebulan tanpa pengawet. Kalau tidak mahu buat cara ini, kuih bahulu boleh tahan selama 2 minggu. In sha Allah.
6. Tips 4. Untuk meringankan kuih bahulu, bakar tepung dalam oven. Tapi jangan terlalu lama. Cuma sebentar sahaja dan tepung agak-agak hangat. Ini sama juga seperti kaedah orang diulu-dulu menjemur tepung.

7. Peringatan! Suhu bakar 220C sehingga bahulu kekuningan. Bahulu naik lebih cantik jika anda 'off' kan fat oven kerana kalau anda guna fan tersebut, bahulu akan mengecut sedikit nanti dan kelihatan tidak cantik.

rujukan : http://bahulumaklang.blogspot.com/2013/06/kuih-bahulu-tradisi-resepi-mak-lang.html

pray for my success

No comments:

Post a Comment