Tuesday 7 May 2013

DiLEmA : aKu aKAn PeRgI

asalamualaikummmmm............ade org tak?
hmmm...ni bkn dilema percintaan yer..jauh same sekali . tiada kne mengena sama sekali..cume dilema utk pilih nak sambung study kt mane.. matrik dah dapat ..lepas tu dapat ipg la pulok ..semak kepala ..aku harap kan asasi tp belum kunjung tibe...
ish kne solat ishtiharah ni..
bingung nak pilih mane..

Tata Cara Solat Istikharah
Tata cara solat istikharah lebih kurang sama dengan solat subuh, Hanya niatnya saja yang berlainan, iaitu berniat solat istikharah. dilaksanakan sebelum tidur ataupun setelah bangun tidur. Sangat baik dilakukan sesudah lewat tengah malam disaat sunyi, supaya hati lebih khusyuk dalam mengemukakan permohonan kepada Allah. Solat ini sangat peribadi sifatnya. Sebab itu harus dikerjakan sendirian. Solat ini tidak memakai azan atau iqamah.
Lafaz niat:-
Ushalli Sunnatal Istikharaati Rak’ataini Lillahi Ta’aala
Sahaja Aku sembahyang sunnat istikharah 2 rakat tunai kerana Allah Ta’ala

Rakaat pertama-
Baca surah Al-fatihah dan surah Al-kafirun

Rakaat kedua-
Baca surah Al-fatihah dan surah Al-ikhlas

Selepas salam, bacalah doa yang disarankan dalam istikharah.
Dalam berdoa sebaiknya menyebutkan permintaan yang ingin diberikan petunjuk oleh Allah s.w.t. misalnya: “Ya Allah, jika hal ini…
Doa istikharah
Setelah selesai solat, berdoa seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW:
.
doa solat istikharah
.

Ertinya:-
“Ya Allah, aku memohon petunjuk memilih yang baik dalam pengetahuanMu, aku mohon ditakdirkan yang baik dengan kudratMu, aku mengharapkan kurniaMu yang besar. Engkau Maha Kuasa dan aku adalah hambaMu yang dhaif. Engkau Maha Tahu dan aku adalah hambaMu yang jahil. Engkau Maha Mengetahui semua yang ghaib dan yang tersembunyi.
Ya Allah, jika hal ini dalam pengetahuanMu adalah baik bagiku, baik pada agamaku, baik pada kehidupanku sekarang dan masa datang, takdirkanlah dan mudahkanlah bagiku kemudian berilah aku berkah daripadanya.
Tetapi jika dalam ilmuMu hal ini akan membawa bencana bagiku dan bagi agamaku, membawa akibat dalam kehidupanku baik yang sekarang ataupun pada masa akan datang, jauhkanlah ia daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya. Semoga Engkau takdirkan aku pada yang baik, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas setiap sesuatu.”



dear my freind sya'adah, fahimah, wani, sahilla, sima(kwn2 sekolah) dan mai , aiman ,eddry ,rasyid ,sue, fatin (kawan2 giat) sila buat yg terbaik utk diri anda semua yer..saye doakan yg terbaik juga..hehehehe





           to my dearest mohamad zulhasif ( bff yer..jgn salah       anggap) i'm supporting u!!

                                                  ASASI UITM PLEASE COME TO ME!

No comments:

Post a Comment